
Sabtu, 3 Julai 2010
Jumaat, 23 April 2010
Selasa, 20 April 2010
Kuliah Jin Secara Bersiri
Pen Pendaftar INSANIAH
Pengamal Perubatan Islam
Kuliah ini akan dijalankan secara bersiri
berdasarkan sukatan pelajaran yang diberikan
17 Apr 2010 (siri 1- Pengenalan) Sabtu minggu ke 3
Siri 2 akan diadakan pd sabtu minggu ke3- Bln Mei
Kuliah ini sangat menarik, berdasarkan pengalaman
penceramah dan tayangan slaid
Peserta akan diajar sehingga boleh menjadi perawat secara asas
kuliah secara percuma
Tolong sebarkan
Kuliah Maghrib Malam ini (Selasa / 20 Apr 2010)
Masa: Selepas Maghrib
Tafsir Juz Amma
Tolong sebarkan
Jumaat, 9 April 2010
10 Jenis Sembahyang Yang Tidak Diterima Allah s.w.t

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".
Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."
Kuliah Maghrib Malam Ini......
Masa: Selepas Maghrib
Bersama Ustaz Johari Abd Wahab
Syarah hadis
Semua muslimin/ muslimat dijemput hadir
Khamis, 8 April 2010
CERAMAH ISU-ISU SEMASA
Masa: Selepas Solat Maghrib
Penceramah: Ustaz Azki Hafizi Ibrahim
Pendaftar Kolej INSANIAH
Perawat Penyakit yang berkaitan Makhluk Halus
Tajuk: Jinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
Perkara yang akan dibincangkan:
- Jenis- jenis jin, tempat tinggal jin, makanan jin, ayat-ayat penghalau jin dll
Semua dijemput hadir
JADUAL KULAIH BULAN APRIL 2010
1 - Khamis- Bacaan Surah Yasin
2 - Jumaat- KS- Us Farhan dari Irian Jaya
3 - Sabtu- KS- Us Farhan dari Irian Jaya
4 - Ahad-
5 - Isnin- KM- Us Burhanudin- Fekah
6 - Selasa- KM- Us Shaharudin - Hadis
7 - Rabu- KM- Us Ahmad Adnan Yadzil- Tauhid (Maaf Masih berada di Mekah)
8 - Khamis- KM- Us Soleh Hamzah- Tauhid (Blm Confirm)
9 - Jumaat- KS- Us Zulkifli Ahmad / KM -Ustaz Johari Abd Wahab
10 - Sabtu- KS- Ustaz Sharafi
11 - Ahad-
12 - Isnin- KM - Ustaz Johari Abd Wahab
13 - Selasa- KM - Us Hj Ku Md Ali Ku Ramli
14 - Rabu-
15 - Khamis-
16 - Jumaat- KS- Us Akmal Hizam Darus / KM- Us Sharafi Abas
17 - Sabtu- KS- Us Zahir Ghazali /KM- Ceramah Isu Isu Semasa, Us Azki Hafizi Ibrahim, (INSANIAH) Tajuk: Jin
18 - Ahad-
19 - Isnin- KM - Ustaz Burhanudin- Fekah
20 - Selasa- KM- Us Zulkifli Ahmad- Tafsir Juz Amma
21 - Rabu- Us Ahamad Adnan Fadzil - Tauhid- (Kuliah Ganti)
22 - Khamis- Bacaan Yasin
23 - Jumaat- KS- Us Rosli Yusof / KM- Us Abd Halim Nasir
23 - Sabtu-KS- Ustaz Hj Ku Md Ali Ku Ramli. / KM- Us Zulkifli Ahmad- Tafsir Juz Amma
25 - Ahad-
26 - Isnin-
27 - Selasa- KM- Ustaz Abd Halim Nasir- Kitab Bahrul Mazi Jld
28 - Rabu-
29 - Khamis- Bacaan Yasin
30 - Jumaat-
Kelas Tahsin Al Quran- Setiap Hari Ahad, Selepas Isya- Lelaki Shj, masih dibuka
Khamis, 25 Februari 2010
KULIAH SUBUH SEMPENA MAULIDIRRASUL
Penceramah: Yang Berbahagia Ustaz Mohd Soleh Hamzah
Semua dijemput hadir
Sarapan juga disediakan
Ganjaran yang besar untuk orang yang memuliakan hari kelahiran Rasullah
Selasa, 23 Februari 2010
Kuliah Bulanan Ustz Abd Halim Nasir
Ceramah Maulidirrasul 1430 H
Isnin, 22 Februari 2010
10 Perangkap Syaitan
Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri. Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.
Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia, pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut. Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah. Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut.
1. Melalui sifat bohong dan angkuh
Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.
2. Melalui sifat bakhil dan kedekut
Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.
3. Melalui sifat takbur dan bongkak
Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)
4. Sifat khianat
Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.
5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat
Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.
6. Melalui sifat hasad
Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).
7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain
Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).
8. Melalui sifat ujub atau bangga diri
Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)
9. Melalui sifat suka berangan-angan
Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.
10. Melalui sifat buruk sangka
Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)